@iEn FazdLin@
music
My Music.

Home site Me Linkies STUFFS
Mac
Mar 14, 2014 ✿ 12:54 AM ✿ 0 Royal Person (s)

Assalamualaikum
Alhamdulillah, Astaghfirullah 
Dah lama tak jengah blog ni

Dah Mac dah, nak habis asasi dah.
Dah 19 tahun dah 
Matang sikit. 
Sepanjang masa yang berlalu, cuma aku nak coretkan pertanyaan yang tepu dalam dada
kenapa mereka terlalu asyik bercakap soal cinta, kenapa?
tak terasa ke masih banyak benda yang boleh kita bincangkan 
aku kolot? aku tak terasa aku layak untuk bercinta.
Mungkin bila dah masuk 20 tahun ke atas dan bila cukup ilmu agama dan segalanya
bolehlah slow slow cakap soal hati.

Lain orang lain pandangan.
Cuma, kita perlu jaga batas agama. Tak terasa bersalah ke asyik keluar berdua dua. Ingat ada yang ketiga yang duk hasut kita. Muhasabah diri. 

Kepada mereka diluar sana
Bila kita hidup berkumpulan, tolong jangan buat ramai orang marah.
Kita boleh berubah, jangan ulang kesilapan lama.
Tak paham kenapa perempuan terlalu suka goda lelaki kacak
Kau rasa dia terpikat ke? Pandang cermin. Aku bukan nak kutuk orang, kadang kita kena sedar diri.

Jangan gedik. Jangan buat kawan-kawan marah. Tolong.

Terima kasih kak Farah, nama aku terukir di Rusia. cewah terharu sikit. // Salji
Pembakar semangat untuk berjaya :D


Dan kita kena ingat, makin bertambah usia, makin dekat dengan kematian.
Semua atas diri sendiri.
Nak berubah atau nak kekal dengan dosa
Moga kita diberikan hidayah untuk berubah ke arah yang lebih baik

Notetoself // Muhasabah Diri sendiri
Maaf 

"Wayang Free"
Dec 21, 2013 ✿ 12:46 AM ✿ 0 Royal Person (s)

Minggu berganti minggu
Pelbagai peristiwa dah berlaku
Betul kata Ain. Eh ,Kak Ida, eh bukan.  Ain sajda :P
“wayang free”  means cakap tak serupa bikin. Aku ke? Terasa jela ain fazdlina eh. 

Manusia , kadang
Aku tak faham dengan mereka,
Kenapa aku perlu berhadapan mereka semua.
Mereka yang kadang buat aku hairan dan terdetik dalam hati
“kenapa korang boleh buat macam tu, kenapa?”
Memang manusia tak sempurna, aku bercakap atas nama insan yang bergelar manusia.

Mungkin aku dua kali lima.
Sayang, awalnya aku tabik kau,
Tapi sayang, kau gunakan agama, konon atas status tunang kau, kau boleh berdua dua denga dia.
Korang bukan suami isteri, yang haram tetap haram .Aku mungkin tak sealim dia. Bila ada yang tegur, pantas kau patahkan tiap teguran dengan bahas kau. Sayang, kau guna agama untuk tu. Aku bukan nak jaga tepi  kain orang, Cuma rimas dengan keadaan.

Kadang, apa yang kau buat, tolongla fikir dulu kesannya
Kadang mungkin kau terlalu mesra, sedar tak ramai yang tak selesa?
Kadang mungkin kau jadi diri sendiri, tapi kau boleh berubah menjadi diri sendiri yang lebih baik mungkin ?. Berubah ke arah kebaikkan bila kau tahu apa yang kau buat tu salah. Kan ?

Aku pun tak sempurna. 
Aku tak dapat nak tegur  depan depan, kau kuat dengan bahas kau, so means aku cakap belakang ke? 
Mungkin bercakap dengan blog aku ni je, aku pun tak lari dari buat salah. 
Tiada siapa yang dimention dalam ni, so kalau kau nak terperasan, tu bukan salah aku. 

Kau hebat dengan rakan rakan yang backup kau. Ayat pedas pedas, sound direct depan depan. Gerun. 
Cuma nak bagitahu, kita hidup dalam kumpulan. Jaga hati masing masing. Maaf.

Aku nak promote suatu video ni, mungkin ego kita boleh kurang dan tak berat nak mintak maaf bila buat salah . Emm



Manusia.
Dec 6, 2013 ✿ 5:34 AM ✿ 0 Royal Person (s)




Hai. Assalamualaikum.
Hari berganti hari, masa mematangkan kita. 
Aku mula kenal ramai orang, semua cantik handsome jee.
dalam kehidupan disini, kuperhati tingkah laku mereka
ya, memerhati
sekali aku pandang kau, aku ingat apa kau buat. 
Baju yang pernah kau pakai, beg dan segalanya.
Macam creepy. Saiko. 
Tapi aku cuma ambil tahu.
Penat jadi bz body cam aku ni

Ada yang baik, aku tegur setiap hari, senyum mesra bergelak ketawa.
Mereka tu yang aku selesa.

Ada yang baik kat alam maya je, 
kadang jumpa segan tak semena, cuak awkward semuanya
lama lama aku buat derk je
 bukan senang nak mesra

kita hanya manusia biasa

Aku cuba senyum. 
Harap kau pun sama. :)

Ada yang suka menipu, aku tau kau tipu
Ada yang baik akhirat, dunia sikit abai
Ada yang imbang semua
Ada yang berubah menutup aurat
Semua orang berubah. Berubah biarlah kearah positive
 Selamat Malam 
18 tahunku 

#NoteToSelf






Six Sense :O
Nov 14, 2013 ✿ 1:13 AM ✿ 0 Royal Person (s)
Isnin lepas
Pagi yang tenang
Beliau macam biasa meneruskan bicara mengajar mereka
sedang asyik mengajar, matanya melirik ke belakang kuliah
lama dipandangnya, pandangan yang tajam
pelik
terdiam semuanya
"I see my friend" tutur bicara itu terkeluar 
kilas secara zahir tiada apa apa 
beliau duduk
membaca pesanan ringkas sms 
"my friend pass away just now"

mereka terkelu

situasi lain
" Apa yang kita tengok dalam cerita hantu tu semua tipu, sebenarnya muka hantu dalam filem tu memang kalah awal arh , yang sebenarnya lagi seram berganda-ganda, mereka tiada rupa, tiada mata sekalipun roh berkeliaran ; mereka yang belajar sihir sepanjang hayat masih dikandung badan"
Aku terkelu
bulu roma tegak

"Jumlah mereka terlalu ramai, sekalipun dalam bilik ni penuh dengan mende tu"
dah, seram pulak.

seram kisah benar
haha :<



R.I.P Purahhhh
Oct 15, 2013 ✿ 8:10 PM ✿ 0 Royal Person (s)

 

Assalamualaikum
Purah dah mati
pagi AidilAdha
Haalah wassup bagitahu
bapak sedih :'(

Purah kucing k13
Aku kenal dia dari Haalah
Dia sakit mata
Haalah bawak pergi jumpa vet
Kenangan betul
Purah kucing yang baik
tak banyak buat masalah
cuma dia 
sakit

Kehadiran Purah
tak membebankan kami langsung
even
dia berak depan pintu tandas
(wanginya mak aihh)

Semua tinggal kenanga
RIP
Purah
We gonna miss you 
sayangg 


 


Kehidupan :)
Sep 18, 2013 ✿ 8:21 AM ✿ 0 Royal Person (s)
Assalamualaikum
dah lima purnama menyepi,

Hidup masih diteruskan, alhamdulillah masih bernyawa. Alhamdulillah.
Sem 1 dah berakhir. Exam? final? 
Fizik aku musnah mungkin. Silap aku tak fokus dan usaha lebih. Tak paham, diam je, bodoh sombong. 
Padah la.
Raya pun tahun ni, abang tak balik. Agak hambar. 
Pindah bilik aras 4, aku paling frust. Tapi sekarang dah boleh terima bilik baru.
Aku rindu Rusha, Eljay, Yoh, dan semuanya. Sangat.

Kadang, 
aku pikir, kenapa dengan aku ni ? 
rasa kosong. Mungkin banyak sangat dosa. Banyak.
aku tak pandai mengarang. 
Cuma, aku nak sangat bagitahu,

Aku tak boleh terima, 
Aku tak boleh terima,
Tak boleh........
Tengok, nak ikhlas kan diri pun susah
Susah.
Kalau 
asyik bermain perasaan.
Maaf





New Life
Jun 7, 2013 ✿ 4:24 AM ✿ 0 Royal Person (s)

Assalamualaikum ,
Hidup diteruskan. Alhamdulillah masih bernyawa walaupun kurang sihat.
Ujian Allah kot nya. sabar.
Sejak 26 Mei 2013, kehidupan ini mula berubah situasi, hidup UPM ada kesah tersendiri
Pengalaman kot, cabaran utama setakat ni nak ubah loghat Trengganung kepada bahasa KL
serius susah buat anak jati ganu yang membesar 18 tahun di Terengganu.

Al kesah nya di rasai juga bersama kawan kawan Asper 9 dan rasa bertuah dapat roommatesh yang 
nice dan baik .
 Perkenalkan : Haalah , orang Selangor je hari hari balik umah *ada nada jeles , Alia ,orang kelatey yang pandai cakap KL kay haha lucu benge Alia , Leeka orang ganuuu ,sedap cakap ganu dengan dia  , Nurul ,orang  nogori yang sangat bersemangat nak sertai macam macam aktiviti, berbeza dengan diri ni yang pemalas , then, Ummu orang Kedah bak hangg. Pekat loghat dia, sekali aku cakap kedah. :)
Seronok kenal kalian tau. Walahhh blog G. hehe

Okay identiti aku disembunyikan di sebalik tudung haha. Bajet kot Ain -,-"

Kuliah bermula hari Selasa
Kuliah 4 tempat aku belajar daripada 18 kuliah semuanya.
Hari hari naik bas, berebut bas. Haha pengalaman yang manis.
Classmatesh aku ramai orang Kedah,
tapi aku rapat dengan Mirahh sebab dia orang ganuuu (nampak asabiah) haha

Flat Ikan , tempat beli buku ori dan tak ori, semua ada. 
Untung kalau kerja kat tu . Lakuu weh.
Semua nak kena guna duit kan huhuhu
Aku sedaya upaya berjimat cermat. Bila jauh dengan keluarga , memang kena jimat. 
Kurus gak aku ekgi. huhu (Y)

Aku jumpa Kak Farasieha, jiran sebelah bilik merengkap senior Mak Lagam duluu,
Kak Fara kuruss gila, tak cam mane dia, tapi still lawa haha
Kak Fara famous ni kat  UPM, CGPA 3.8 kot, bijokk walaupun aktif sukan 
(okay nampak ke stalker lan aku hehe ).
Terima kasih Kak Fara kadang bagi maklumat yang membantu. Tapi jarang dapat jumpa dia sebab memang sibuk kot dengan exam . :)
kak farasieha :)


Bila sebut pasal makan, yang best kat Putra Foodcourt, tapi jauh gilaaaa (bagi aku) sebab kena jalan kaki dalam 200m
Memang aku suka berjalan pun kan, dekat dengan pusat kesihatan, kan best kalau aku dapat blog KPZ 
dekat sikit hehe .Dok baik sunguk Aingg.

Okay esok cuti. 
Sabtu baru cuti, rasa pelik sebab biasa cuti Jumaat.
Kena biasa kan diri
Setakat ni tak de lah homesick just rindu sangat kat YongYongg ( kucing)
Harap harap dia sihat dan tak mati kerinduan kan tuan dia ni huhu :(

Moga kehidupan asasi ini dipermudahkan Allah. 
Amin.
Insya Allah ,
Love :)

Dashboard Follow

Princess Here



I'm Princess Ain Fazdlina . 8teen y/o . I've spend my whole year in cottage which three fairies take care of me-there.I back to my mom and dad when I was 15. Unfortunately, a bad fairy cursed me to sleep forever. I hope that someday a prince will kiss me and break this spell. Wait! I'm sleeping , how can I write? Ha! Ha! That was angan2 mat jenin. I'm so not a princess :)
Princess Ain Fazdlina

Time Machine


Borak-borak


Thank You
Skin edit by Adsa Adam
Basecodes by Jaja
Others ; xx
skin edited by : Munn Zakaria