@iEn FazdLin@
music
My Music.

Home site Me Linkies STUFFS
Bila Ajalku ?
Feb 27, 2013 ✿ 9:03 PM ✿ 0 Royal Person (s)
Alhamdulillah, aku masih dapat menghirup oksigen dan melepaskan karbon dioksida pada saat ini,
Post kali ni bunyi yang agak serius, dan itu lah yang sering aku pikirkan sejak dua menjak selepas menjadi lepasan SPM, serius aku takut .

Aku takut dengan kematian, aku takut. 
Aku terfikir, sedang aku taip post ni kan, ada insan yang sedang hadapi hari pertama di alam kubur, apa dia buat eh ? Roh dia buat apa sekarang ni? Cammane rasa ditinggalkan semua orang ? Cammana rasa ditimbus tanah ?? banyak nya persoalan kan.

Kadang, bila aku mendapat berita tentang sebuah kematian, aku rasa masa aku dah tak lama, bukan apa, setiap masa yang berlalu sememangnya mendekatkan kita kepada kematian. Kan ?
Aku hamba yang hina, banyak buat dosa, tapi aku bersyukur ,Allah masih panjangkan hayat aku. 
Moga  masa yang ada dapat dekatkan diri kepada Allah. InsyaAllah.

Insan yang pernah aku kenal ramai yang dah menghadap Ilahi, tak sekali aku lupa berdoa agar mak ayah dan ahli keluarga aku dipanjangkan umur. Aku sayang mereka sangat.
Saat kehilangan pertama yang aku pernah rasai ialah arwah nenek , Hajah Rokiah, tanggal 4 Feb 2004.
Rindu sangat rindu arwah chek. :'(
Rasa sangat ditinggalkan, dats why aku tak dapat bayang jika ahli keluarga dekatku pula 
meninggalkan aku dahulu, huhu.
Kedua, budak darjah 4, kawan kat sekolah, meninggal masa aku darjah 5. Dia masih budak. Aku sedar yang kematian bukan hanya untuk yang dah tua.
Datuk aku pergi meninggalkan alam fana tika aku nak wish birthday Maisarah, besfren aku,
pada 5 July 2008.
Guru ping-pong yang sangat berjasa pada aku telah kembali ke rahmatullah masa aku form4. Terima kasih Cikgu Fauzi Kemaman sebab sudi jadikan saya pemain utama daerah kemaman untuk ping-pong masa tu.

Cg Rokiah, cikgu Biologi aku juga telah menghembus nafas terakhir akhir tahun 2012. Jasa cikgu saya kenang, (leleh). Maafkan saya cikgu sebab tidur masa kelas Bio cikgu, Maafkan saya .
Aku berkenan sangat lagu Fareast, Menanti Di Alam Barkhzah, setiap pagi aku luangkan masa dengar lagu tu dan lagu Demi Masa (raihan). Dan satu lagi yang lirik ; " Bila Izrail datang memanggil..." Kadang, semua yang kita rancang dan fikirkan misal nak berkahwin, beranak, nak ada kehidupan dewasa dan tua sebagainya itu bukan yang pasti. Yang pasti itu mati. Sebab, aku sedar, ajal tak pernah kenal usia, namun,

 Berdoalah, agar umur kita dipanjangkan untuk meningkatkan amal kebaikkan, insyaAllah :)
#IngatMati 



Dashboard Follow

Princess Here



I'm Princess Ain Fazdlina . 8teen y/o . I've spend my whole year in cottage which three fairies take care of me-there.I back to my mom and dad when I was 15. Unfortunately, a bad fairy cursed me to sleep forever. I hope that someday a prince will kiss me and break this spell. Wait! I'm sleeping , how can I write? Ha! Ha! That was angan2 mat jenin. I'm so not a princess :)
Princess Ain Fazdlina

Time Machine


Borak-borak


Thank You
Skin edit by Adsa Adam
Basecodes by Jaja
Others ; xx
skin edited by : Munn Zakaria