@iEn FazdLin@
music
My Music.

Home site Me Linkies STUFFS
Selamat Sambung Belajar Batch 95 :D
May 22, 2013 ✿ 9:20 AM ✿ 1 Royal Person (s)

Lama tak update blog, bukan ada orang baca pun kan huhu.

Harini 22 Mei, semalam bufday aku dan syamsul yusof .(aceh nak kait dengan artis jugak lol)
Selamat menjadi 18 tahun yep, Aing. Btw, 20 tahun ke atas baru tua :P
Sejak 17 Mei, macam  macam post aku baca , most pasal result upu dorang,
ada yang dapat U yang dia mintak, ada yang tak dapat
rezeki masing-masing, mungkin rezeki dia kat lain. Think +

Alhamdulillah, upu aku dapat apa yang aku mintak. Asasi Sc Pertanian UPM
Sebab utama mintak sana, just cuba nasib, sebab dekat UPM ada bab bab veterina lol
Minat haiwan, tak salah aku nak cuba. Kena usaha lebih sangat sangat.
Untung ada senior dan sepupu kat sana
Moga dipermudahkan

Korang, tahniah yang dapat fly. Yang dapat obersea. Matrik pun, Diploma pun, A level apatah lagi
Mana mana tempat pun kita belajar, yang penting kena belajar betul betul.
Yakin , rezeki Allah tu luas, mungkin kita tak cantik, tapi kita cerdik ? mungkin kita cerdik, tapi akhlak fail? Mungkin kita kaya, tapi tak berapa cerdik. semua dah adil Allah aturkan, bersyukurlah. Apa yang penting,
jangan putus asa dan sentiasa berdoa. Insya Allah, semua baik baik. Amin :)
#notetoself :)

Selamat Sambung Belajar kengkawan semua .
Di mana pun kita belajar, moga persahabatan kita kekal mesra macam biasa (cewah ayat :D)
Love ,
Ain Fazdlina 

(thanks kawan kawan instagram :) ) 

MatLuthfi ;)
Apr 1, 2013 ✿ 8:47 AM ✿ 0 Royal Person (s)


Hello April, 
mood makin baik, so nak post pasal seseorang istimewa bagi aku sejak jadi lepasan spm dulu
( tak leh blarh ayat)
brother ni memang famous gila kat utube dan alam maya mungkin ?
tak asing lagi mamat kedah loghat pekat ni nampak macam orang korea kan
Mat Lutfhi lah ni, siapa lagi hoho
Memang mula mula tengok video dia tak dak feeel sangat, sebab first tengok zaman tak dapat nak pikiq lagi
nama pun budak budak lower form time tu ngeh ngeh
sekarang jadi best kot sejak tak bersekolah bela lemak je kan, asyik asyik bukak utube. Kagum arh
Beliau ni bijak dan kreatif, untunggg laa
graduatedd lak oberseaa ni, bakal akitek weh
anak sulong , adik dia pun sekarang stadi obesea kat mesir, darah mix memang bijak kan huhu (jeles)

Dia pun ada blog ( http://www.matluthfi90.com/ ),
memang best cite cite dia, sempoi dan lawakk berpengajaran. ^_^
Hari ni, dia post video baru kat utube, ter"dokek" jugak sebab tajuk video dia memang ditujukan buat aku.
Cess perasan, buat kami lepasan spm 1995 , rasa bertuah pun ada mat lutfhi buat video untuk batch aku haha, bajet sikit.
Dan yang pasti, aku bagi mak tengok, jarang mak aku suka cite kat utube, tapi tadi mak cakap 
" bagus lah dia, nanti orang amek belakon lah tuu" 
haha, dan memang dia dah bagi aku sedikit semangat untuk meneruskan kehidupan yang lebih mencabar.
Thanks crush hoho ;)
cc : matlutfi90


Thanks Kak Farah
Mar 26, 2013 ✿ 11:43 PM ✿ 0 Royal Person (s)
tiadaa ikatan darah sekalipun, sudah buat aku terharu bila kak Farah Hazwani sudi memberi nasihat tanpa henti buat bekas adik dorm dia ni tahun 2010 laluu , 3 tahun dah berlalu, kak Farah masih memberi kata-kata dorangan tatkala aku jatuh dan bangun, jasamu dikenang, moga Allah merahmati kak Farah dan memudahkan urusan kak Farah kat rusia dan mejadi doktor yang maju jaya, amin, jaga diri sis, 
saya sayang kak farah <3

Masa Perubahan
Mar 25, 2013 ✿ 8:38 AM ✿ 0 Royal Person (s)
Masa mampu mengubah keadaan, masa jua mematangkan seseorang.
Peristiwa, kejadian, pertemuan, perancangan semua dah ditentukan, kita hanya merancang. Yakin dengan dengan ketentuan Allah tu bagi aku penting sebagai umat Islam. Jangan goyah bila di-uji, 
tapi cakap memang senang, yang merasakan tu bergolak kesakitan. Ya, kesakitan.
Sangat beruntung mereka, mereka yang tak pernah merasa berada di-bawah.
Kadang aku teringat, banyak mulut bersuara lantang menyedapkan keadaan 

" Roda kehidupan sentiasa berputar, selagi hidup tak semestinya kita sentiasa berada di-atas, kadang tersungkur di-bawah juga satu yang perlu dalam kehidupan untuk membawa diri sedar jangan selalu berasa selesa dengan keadaan"

Well, aku setuju dengan pendapat itu, tapi bagi aku, sangat beruntung mereka mereka yang sentiasa di zon aman dan selesa, tak pernah jatuh, sentiasa kuat.Bertuahnya badan.
Selepas 21 Mac lalu, aku tekad kan diri untuk beransur pergi daripada dunia maya yang makin suram, facebook, twitter, dan etc.
Tapi aku tak pergi membawa diri sampai tutup semua tu, banyak maklumat perlu di ketahui .
Mengubat rindu buat sahabat handai lagi perluu.

"Dont be sad" , buku setebal 600 muka surat ni memang perlu aku telitikan, sesuai dengan situasi emosi semasa tika ni, moga buku setebal novel harry potter ni mampu mengembalikan semangat aku, semangat untuk terus bersaing, semangat untuk meneruskan kehidupan.

Buat Kak Farah, ain mintak maaf . Beratnya hati nak bukak butang chatbox nak chat dengan kak farah. Sangat berat. Apa-apa pun yang terjadi, mungkin blog ni sekadar ruangan luahan sedikit perasaan, takde yang baca cuma untuk diri sendiri merenung dan muhasabahkan diri.Bukan berceloteh menghebohkan cerita suka duka di Fb dan Twitter lagi, rasa macam entah pape je aku rasa.

Tahniah Kartarianss, terima kasih atas segala kenangan dan tahniah banggakan sekolah.
Sekarang, aku dah faham, betapa peritnya kejatuhan. Aku nekad untuk tebus , bagi aku yang jatuh tak selalu jatuh. Terima kasih buat mak ayah yang tak putus bagi sokongan , tanpa mereka putus terus harapan untuk melangkah setapak kedepan. Tenangkan diri, Aingg. Dulu aku bajet matang, sekarang aku perlu untuk matang demi masa depan. Selamat berjuang untuk diri sendiri, Ain Fazdlina. Ingat Allah. Moga kejayaan menanti kelak, rezeki masing-masing , ingat Ain. 
Mood : masih mecari kekuatan dan semangat
Assalamualaikum. :')

Kembalilah Semangat.
Mar 23, 2013 ✿ 9:05 PM ✿ 0 Royal Person (s)
Pain makes people change.
21 Mac lepas, aku kecewa.
Kadang rasa sedih buat aku putus semangat, result?
Ramai cakap, "okay lah tu result camgitu, ramai lagi yang dapat rendah daripada tu"
Rasa kecewa sebab keputusan spm sendiri tak dapat naik macam kawan-kawan lain, deskmate.
Lagi terasa bila result sester gempak daripada tahun lepas, kadang rasa macam tak dapat teruskan hidup.
Astaghfirullah. Aku tak dapat tipu diri sendiri yang aku sedih dan aku nekad nak ubah kegagalan ni, 
kata nuringg :
" kegagalan mengajar kita untuk terus berusaha, cuma manusia itu sendiri yang meletakkan diri dia untuk terus gagal atau memilih untuk berusaha untuk berjaya, Allah dah buat yang terbaik."

Susah kalau dillahirkan dalam golongan bijak pandai, sakit bila tak dapat banggakan mak ayah. 
Sakit sangat. :'c

 

Debaran Result SPM Kian Terasa
Mar 17, 2013 ✿ 4:03 AM ✿ 2 Royal Person (s)

Alhamdulillah, masih bernafas saat ini.
Well, post kali ni memang khas untuk apa yang akan berlaku pada Khamis ni 21 mac 2013.
Tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku hari itu, sememangnya tarikh tu merupakan tarikh penting buat batch 95 , Karta Xii.

Dup Dap Dup Dap. Harini Ahad, tinggal just 3 hari lagi sebelum 21 Mac.
Memang minggu yang mendebarkan buat kami lepasan SPM 2012.
 Takut , Nervous , Speechless, Stress, bla bla bla. Semua dirasai. Makan ayam pun dah kurang nikmat pada minggu ni. Hilang sikit selera makan tapi selera tidur tetap terbaik, hihi 
(boleh pulak aku bergurau dalam post serius ni)

Ayah dah ambil cuti untuk teman aku Khamis ni, rasa macam argh takut, ayah bekeng kot.
Mungkin ayah target yang terbaik yang dapat aku hasilkan sama macam abang dulu, tapi maafkan kak kalau tak dapat penuhi result tu dengan semua tercalit hanya A- , A atau A+. Maafkan saya  Abang dan Kak adalah insan yang berbeza.

Disamping ini, ke-nervous-san aku kian terasa apabila beberapa senior yang bijak pandai mula wish dan nak tahu pasal result Khamis ni. Segan gila kot, saya tak setererr kalian semua. tsk tsk.
Then , kakak senior  yang di sayangi kat Rusia pun wish, tacing kot. Thanks Kak Farah !

Apa lagi boleh buat, aku hanya mampu berdoa dan pasrah even ayah ada cakap
" Kak, apa kata Khamis ni pukul 10 kita cek result ikut sms then kalau result ok kita gi sekolah, kalau tak okay esokkan (Jumaat) je lah kita gi"
well, mak tak sokong walaupun apa yang ayah cakap tu legakan aku sikit.
Berdoa dan terus berdoa,moga 9A plus milik kita bersama. Mohon Khamis ini merupaka satu hari yang baik untuk aku, Karta dan warga batch 95. goodluck guyss ! All dabest ! Miss Karta much much.
Love ,
Me.

Thanks Mun Comey !
Mar 15, 2013 ✿ 8:23 AM ✿ 0 Royal Person (s)
Siapa kah Mun ( tudung merah dalam gambar )?? 
Yeah, well dia lah kawan twitter aku yang sangat cute plus baik plus ramah. Ni bukan bodek, walhal kesah benar. Blog aku sebelum ni macam sarang tikus akhirnya berjaya juga di-edit bagai oleh insan terpilih ni.  Malang sekali aku tak sepandai dia dalam edit mengedit. (nak sangat buat blog tu ish ish).
Btw, atas niat baik hampa ( Mun orang Kedah kay) , moga hampa berjaya dalam hidup dan dapat result gempak. Amin, moga batch 95 berjaya ! insyaAllah, doakan aku juga. Muah <3

 Mun yang pakai tudung tu,  lawaa kan ,sebelah dia entah lah .
Bila Ajalku ?
Feb 27, 2013 ✿ 9:03 PM ✿ 0 Royal Person (s)
Alhamdulillah, aku masih dapat menghirup oksigen dan melepaskan karbon dioksida pada saat ini,
Post kali ni bunyi yang agak serius, dan itu lah yang sering aku pikirkan sejak dua menjak selepas menjadi lepasan SPM, serius aku takut .

Aku takut dengan kematian, aku takut. 
Aku terfikir, sedang aku taip post ni kan, ada insan yang sedang hadapi hari pertama di alam kubur, apa dia buat eh ? Roh dia buat apa sekarang ni? Cammane rasa ditinggalkan semua orang ? Cammana rasa ditimbus tanah ?? banyak nya persoalan kan.

Kadang, bila aku mendapat berita tentang sebuah kematian, aku rasa masa aku dah tak lama, bukan apa, setiap masa yang berlalu sememangnya mendekatkan kita kepada kematian. Kan ?
Aku hamba yang hina, banyak buat dosa, tapi aku bersyukur ,Allah masih panjangkan hayat aku. 
Moga  masa yang ada dapat dekatkan diri kepada Allah. InsyaAllah.

Insan yang pernah aku kenal ramai yang dah menghadap Ilahi, tak sekali aku lupa berdoa agar mak ayah dan ahli keluarga aku dipanjangkan umur. Aku sayang mereka sangat.
Saat kehilangan pertama yang aku pernah rasai ialah arwah nenek , Hajah Rokiah, tanggal 4 Feb 2004.
Rindu sangat rindu arwah chek. :'(
Rasa sangat ditinggalkan, dats why aku tak dapat bayang jika ahli keluarga dekatku pula 
meninggalkan aku dahulu, huhu.
Kedua, budak darjah 4, kawan kat sekolah, meninggal masa aku darjah 5. Dia masih budak. Aku sedar yang kematian bukan hanya untuk yang dah tua.
Datuk aku pergi meninggalkan alam fana tika aku nak wish birthday Maisarah, besfren aku,
pada 5 July 2008.
Guru ping-pong yang sangat berjasa pada aku telah kembali ke rahmatullah masa aku form4. Terima kasih Cikgu Fauzi Kemaman sebab sudi jadikan saya pemain utama daerah kemaman untuk ping-pong masa tu.

Cg Rokiah, cikgu Biologi aku juga telah menghembus nafas terakhir akhir tahun 2012. Jasa cikgu saya kenang, (leleh). Maafkan saya cikgu sebab tidur masa kelas Bio cikgu, Maafkan saya .
Aku berkenan sangat lagu Fareast, Menanti Di Alam Barkhzah, setiap pagi aku luangkan masa dengar lagu tu dan lagu Demi Masa (raihan). Dan satu lagi yang lirik ; " Bila Izrail datang memanggil..." Kadang, semua yang kita rancang dan fikirkan misal nak berkahwin, beranak, nak ada kehidupan dewasa dan tua sebagainya itu bukan yang pasti. Yang pasti itu mati. Sebab, aku sedar, ajal tak pernah kenal usia, namun,

 Berdoalah, agar umur kita dipanjangkan untuk meningkatkan amal kebaikkan, insyaAllah :)
#IngatMati 


Kisah Zaman Silamku ;)
Feb 26, 2013 ✿ 6:38 AM ✿ 0 Royal Person (s)
~ Kenangan berputar kembali ~
Well, nampak tak pic atas tu ? Yeah, dats my parent dan abang aku zaman dia kecik dulu, zaman kehidupan aku yang kanak-kanak dah lama berlalu, sekarang sedang masuk ke fasa konon nak masuk alam dewasa lah kan, nama pun dah habis sekolah kot :3

 Kehidupan aku start pada hari Ahad, 22 Zulhijah, aku dilahirkan kat sebuah rumah guru SK Pulau Bahagia, Serada. Kesian kan , semua kawan-kawan lahir kat hospital, mungkin aku eksited sangat nak lihat dunia fana ni haha ( lawak hambar) . Memandangkan aku sorang ke perempuan, kawan baik aku masa tu abang lan je kot. so aoutomatik aku jadi TOMBOY ( nampak tak caps lock disitu).Aku ingat lagi ramai was-was tentang status jantina aku lelaki ke pompuan huhu. Semua orang nganjing aku yang aku hitam gila, tapi sekarang aku rasa tak lah hitam sangat kan huhu :'(

Aku ni dulu bukan main lah muka gelap gelita wajah seperti malam tak siang siang, yela, tiap hari main panas pakai seluar pendek then semangat lak sentiasa membara nak tangkap ikan kat parit , wuhuhu. Aku berhenti jadi tomboy lepas ada sorang jiran aku (lelaki) start kawan dengan aku, serius dia dah ubah aku jadi seorang perempuan. Tipu lah kalau aku cakap aku tak suka kat dia, aku memang suka dia dari kecik sampai ke sekarang (nampak kan kesetiaan aku) . Even dia tu entah kat mana, aku just suka dia sorang je , kalau ada jodoh lah kan tak ke mana.

Nama dia aku tak boleh lah sebut, biar rahsia sanubari, aku tak suka cakap sal lelaki tapi yang ni lah first time aku selitkan dia sikit sebab memori aku masih ada tentang lelaki ituu , wahhh. Moga dia pun berbahagia, sekarang rumah kitorang tak lah jauh sangat. Boleh je suatu tika nanti terserempak kat 7E ke apa kan hoho. Okay aku banyak mengarut ni.

Sekarang aku dah ada 2 orang adik lelaki, no sister ever, kesunyian jelas terpapar kat wajah, takpe, no sister , no sharing haha ( kejam). Now, jam 10.15 PM waktu Malaysia, 26 Feb, Kuala Terengganu dah tak menangis lagi, suasana hening aje. Moga memori zaman kanak-kanak aku sentiasa segar bila aku dewasa nanti. Memang kita akan sentiasa membesar menjadi dewasa, beranak pinak , tua ke apa kalau panjang umur lah kan, insyaAllah.

Tapi, kita boleh ubah diri kita, jangan terlalu nak jadi dewasa dan don't be a-dull-t ! ;D
Peace, credit to Nurin Izyani untuk idea post malam ni , memang aku boring sangat ni <3 ;D

P/s: Aku merindui kawan kawan kanak-kanak ribena ku dan kak farah hazwani kat Rusia tu . ~




Bitara Dalam Kenangan
Feb 18, 2013 ✿ 9:06 AM ✿ 0 Royal Person (s)
17 Februari 2013
Kisah kehidupan lepasan SPM diteruskan, 
27 Januari 2013 tarikh penting untuk aku macam tarikh SPM jer, cuma kali ni tarikh test jpj untuk dapatkan lesen P kereta, nervous kot. So, pendek cerita aku pun kandas jalan raya. Bekeng mak aihh pok cik jpj, 
nama dia sampai sekarang masih ingat En. Z****i. 
Sedih tak terkira. 
Bukan apa, kesian lak kat mak ayah terpaksa kuarkan Rm100 lagi untuk test kedua.
Malam sebelum tuu kawan-kawan aku lak asyik wish goodluck bagai kat fb, maluuu nya bila kandas ni :'(

Pasrah dan mungkin ada hikmahnya,
Nadia dan Amal test hari sama, Nadia ada sangkut kat bukit but Amal lulus dengan jayanya.
17 Feb 2013, second test.
Malam sebelum tu aku tak dapat tidur, dup dap dup dap.
Jarang aku rasa seteruk malam tu.
Esokkannya. Hafiz pun test sama. Aimi Elyani pun, best dapat sembang dengan Aimi dengan lawak sempoi~
Alhamdulillah, Kali ni aku , Nadia, Aimi lulus. Legaa nya, senyum lebor keluar dari kereta. Jasamu dikenang Mak cik jpj yang baik hati. <3
Aiman Kb test jpj moto, jumpa lak dengan Aina Mustapha, siapa dia? kenalan masa sekolah rendah, makin lawa lah dia.sembang kejap je , dia test motor. lulus je. Alhamdulillah :)
Selamat tinggal kereta ber-clush ,selamat tinggal pondok Bitara, selamat tinggal semuanya haha (skill happy)

Apih, goodluck test minggu depan, :)

Aina, kenalan sekolah rendah yang tak suka cite Setia Hujung Nyawa gak hihi :)
 Aimi adop pic ( Takpe ingat agi kat aimi :))
yang baju merah tu Nadia, sebelah dia entah lah siapa, kawan Nadia kot ngeh ngeh :3

Alhamdulillah, semua dah ber-akhir, sekarang aku boleh fokus untuk risaukan result SPM lak, say goodbye to Bitara Padang Midin dan Terima Kasih kak Mie, selaku Cg aku kat sana. <3
Debaran dalam ingatan :)


Buat :AmaLiyana ;)
Jan 11, 2013 ✿ 8:00 PM ✿ 1 Royal Person (s)

My next post is about my fren named Nur Amal Liyana anak Cg Obail pakar Addmath Terengganu ! #wahwah
Credit to Cg Obail ajar aku tusyen tahun lepas. Best gilaaaa ! Amal pun terer macam ayah dia Addmath !
Post ni segaja aku coretkan untuk suprisekan Amal yang dah baru habis sekolah
 (biar sebenarnya dia yang mintak :p lol ) HEHE

dan memang pun blog ini aku nak jadikan sebagai Diary terbuka sebab bukan ada rahsia sangat pun , lagipun segala yang berlaku sejak aku form3 ada aku kongsikan. Mungkin orang kata buat apa jugak blog-blog camgini bukan bagi faedah kat lain pun macam kongsi maklumat or wat eva. 
Orang yang narrow mind memang cakap camtu, dorang tak tahu yang suatu ketika nanti bila dah besar-besar aku dapat baca balik apa yang minda remaja aku karang , dan masa tu lah kita dapat kesan tahap kematangan yang semakin lama semakin hadir dalam diri sejak mula melangkah alam selain persekolahan. Banyak pulak membebel.:p Okey 

Back to the topic, Amal nak baca jugak kesah dia bila dia besar, so sebagai kawan yang baik aku postkan khas untuk Amal.
Aku kenal Amal masa mula-mula masuk SESTER, kitorang sekelas.Amal duduk sebelah Emy , Emy duduk sebelah aku tapi ada ruang lah antara kami ( pening? ) hehe, aku deskmate Rusha, Amal suka gelak kuat-kuat. Dulu masa form4 dia dan beberapa yang lain suka Saiko aku, stress jugak kadang tapi aku tak marah pun.
Masuk Form 5 Amal masuk kelas depan (bijak kan) , aku kelas pertengahan,
Then dia jadi PKR Gamma yang tegas dan berdidikasi dats why adik-adik junior suka kak amal #wahwah *kembang hidung. bomngg netup hidung mung amal HAHA
Amal comel sangat, comel sangat ( ayat Lisa Surihani HAHA) then, Amal bagi aku kawan yang baik sebab dia kawan dengan semua lah. Dia set-set SPC 
SPC tu Set Paling Comel. HaHa, gurau je, aku pun kadang was-was apa SPC .
Gambar kat atas tu gambar Amal dan Junior dia yang dia kasihi kalau tak silap nama Hasbi. Budak BIJAK jugak. Mung memang milihhh op amal :p HAHA.(padan muka) kidingg2 jah LOL
okay aku harap persahabatan kita berkekalan lah ya Amal, lagipun rumah aku dan mu bukan jauh sangat . Kalau mu kawen pun aku boleh sampai umah mu HEHE.
Credit to amal ajar aku cammane main Twtter. Well i'm kuno girl atas bumi yang fana ini huhu
Good Luck in your life , jangan lupa cari blog aku bila besar-besar nanti untuk kembalikan nostagia remajamu ! keep up the good works ( ayat Wulan Guritno dalam MLM) HEHE
May Allah bless us. Amin , insyaAllah
Love,
Ain yang anggun ( bila tulis anggun teringat mekya) :')

Disebalik gambar dibawah , bukan semua yang tahu dibelakang bukit itu ada sebuah tempat menjadi kenangan segelintir manusia , tempat itu adalah SESTER :)
1 Januari 2013
Dec 31, 2012 ✿ 7:50 PM ✿ 1 Royal Person (s)

1 Januari 2013 
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU

Hari ini 2013 membuka tirai , 2012 selamat mengundur diri . Terima Kasih 2012 atas kenangan di akhir zaman persekolahan .
Rindu SESTER .

Berbalik kepada result , debarnya aku tak tau nak kata , 
Ya Allah , aku harap sangat dapat result yang baik , paling cool pun 9A , tiada yang mustihil ,
Aku nak ikut jejak abang aku , dia dah berjaya dapat semua A dalam SPM dan dah nak
Fly dah gi German , beruntung sangat dia . Jeles tak payah gitau lah .Dia bakal engeneerr
 Aku nak jadi Dentisttt !!
hanya mampu berdoa kepada Allah . Moga 9A pun milikku !Amin .

~ This is my bro ! Muhammad Bazlan , so proud with him ~

Kisah Seorang Kanak-kanak Buta :')
Dec 4, 2012 ✿ 6:49 AM ✿ 0 Royal Person (s)

Ada seorang budak lelaki yang buta duduk ditepi tangga sebuah bangunan, dan ada sebuah topi dikakinya. Beliau memegang sebuah tanda yang bertulis: “Saya buta, tolonglah.”
 
Terdapat hanya beberapa keping duit syiling dalam topi.
Tiba – tiba ada seorang lelaki sedang berjalan kearah pengemis buta itu. Beliau mengambil beberapa keping duit syiling dari poketnya dan menjatuhkannya ke dalam topi itu. Beliau kemudian mengambil tanda tersebut, berpaling sekeliling, dan menulis beberapa perkataan. Dia meletakkan tanda itu kembali supaya setiap orang yang berjalan melalui tempat itu akan melihat kata-kata baru pada tanda tersebut.

Tidak lama kemudian, topi itu mula terisi. Banyak orang telah memberikan wang kepada budak lelaki buta itu. Petang itu, lelaki yang tadinya telah mengubah tanda tersebut  datang untuk melihat perkembangan budak lelaki buta tersebut. Kanak-kanak buta tersebut yang mengecam bunyi jejak langkah lelaki itu bertanya, “Adakah anda yang mengubah tanda saya pagi ini? Apa yang anda tulis? “
Lelaki itu berkata, Saya hanya menulis kebenaran. Saya berkata, apa yang kamu katakan tetapi dalam cara yang berbeza.”

Apa yang dia telah tulis: Hari ini adalah hari yang indah dan saya tidak boleh melihat.”
Adakah anda berfikir tanda pertama dan tanda kedua berkata perkara yang sama?
Sudah tentu kedua-dua tanda tersebut memberitahu orang bahawa budak lelaki itu buta. Tetapi tanda pertama hanya berkata kanak-kanak itu buta. Tanda kedua memberitahu orang ramai mereka begitu bernasib baik bahawa mereka tidak buta.
Kenapa tanda kedua yang lebih berkesan?
“Dan Dialah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.” [surah Al-Mu’minun; 78]
[p/s : copy dari http://akuislam.com ]
Selamat Tinggal Zaman Persekolahan
Nov 28, 2012 ✿ 6:12 PM ✿ 0 Royal Person (s)
5 BT ! tetiba sebak je bila tengok gambar ni , btw thanks Teacher Sab
sudi belanja kami ( WAFA ) dan sudi bawa kawan-kawan lain ke McD . <3

Cepat je masa tinggal-kan kita , tup-tup dah graduasi dah pun , ter-bayang-bayang lagi set-set 
Kohort graduasi . 


Athifah Arshad , deskmate tahun ni , comel gila dia kan ;)


Frens !

Roommmates still hot  , masing-masing makin matang , dulu kiena muka budak-budak lagi .
hehe


with Qiela , Ha , dan Sya di pesta durian sekolah ;D


Depan bilik ter-cinta ( C103) . Nurin memang kawan yang kaw-kaw 
mesti rindu kat dia nanti . <3

 
Karta Xii , moga result kita gempak-gempak , insyaAllah . Amin ! 


  

ter-simpam seribu memories di-kelas ini . 5 BT , ustazah , deskmates , WAFA , SAHARA ,
tidur , surteh , exam , letih , galok , dan sebagainya



 Mentee- mentee 
tahun ni tak sempat nak ambil gambar mentee-mentee form 4
we 'r siblinggsss <3


FRenss . i loVe u all <3
Annur , Mira , Amal , Surteh , Alya 

  

rinduuuunya lah anak Maru !! :'(


kepada Amira ! Terima Kasih kerana sudi jadi cikgu saya ! saya sayang awokk !


Gamma <3 GoodBye !

wahh . zaman lepas PMR ! rindu TESMAL . 3 Ihsan <3 

dengan Dokdek yang gilo-gilo , terima kasih jadi saing aku dokdek ! <3

kenangan di SESERI , KL , best kot sekolah tuu , semua gurlz ! ;D


nadia , elyn , day ! makan sateyy kajangg <3




miraa shamsudin <3

 yoh , surteyh , tifaa , mekya ! kami KAWAN ;)


rusha , elyn , jalan-jalan ! ;D


rindu TESMAL ! <3
 
bilik aku memang comeyy ! haha ( perasang ) 

Karta 12 sentiasa dihati <3


alahai comelnyaaaaaa <3

duniaa terus berputar , masa tetap beredar <3
zaman persekolahan aku dah tamat .
2008 - 2012 
TESMAL 
SESTER
so cool .
banyak gila kenangan indah , pahit , duka .
persahabatan , masa yang berlalu banyak mengajar aku tentang kehidupan yang lebih matang ,
moga Karta Xii dan kawan-kawan batch kat TESMAL
berjaya dan berjaya . AMin <3


Dashboard Follow

Princess Here



I'm Princess Ain Fazdlina . 8teen y/o . I've spend my whole year in cottage which three fairies take care of me-there.I back to my mom and dad when I was 15. Unfortunately, a bad fairy cursed me to sleep forever. I hope that someday a prince will kiss me and break this spell. Wait! I'm sleeping , how can I write? Ha! Ha! That was angan2 mat jenin. I'm so not a princess :)
Princess Ain Fazdlina

Time Machine


Borak-borak


Thank You
Skin edit by Adsa Adam
Basecodes by Jaja
Others ; xx
skin edited by : Munn Zakaria